Monday, December 7, 2009
APA YANG PERLU UNTUK MENEGAKKAN RUMAH TANGGA ISLAM
Islam. Rumah tangga Islam ertinya disiplin
Islam itu berjalan dan berperanan di dalam rumah tangga.
Wujudnya suasana ibadah, semua anggota berakhlak mulia sepertimana
secara rambang telah kita ceritakan sebelum ini.
Untuk membangunkan rumah tangga Islam tidak cukup
sekadar suami isteri Islam. Juga tidak cukup sekadar suami isteri
itu bercita-cita Islam. Ia memerlukan mereka faham ilmu pengetahuan
Islam, faham mendidik isteri dan anak-anak serta ada
ilmu tentangnya. Faham psikologi isteri dan anak-anak secara
umum. Suami atau ayah boleh jadi imam bersembahyang. Isteri
sedikit sebanyak faham psikologi suami, juga anak-anak. Berusaha
bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan sikap,
dengan perihal, serta boleh memberi tunjuk ajar dan penjelasan
mengenai ilmunya. Sabar melaksanakannya serta sabar mendidik
mereka. Didik dengan lemah-lembut tetapi tidak salah sekalisekala
memarahi serta menghukum mereka yang bersalah. Cuma
tidak sampai melampaui batas. Cara-cara menghukum telah
disebut sebelum ini, tidak perlu diulang lagi.
Oleh itu sebelum seorang lelaki atau perempuan itu berkahwin,
kenalah menyedia, menyiap dan melengkapkan diri lebih
dahulu dengan amalan dan ilmu Islam, ilmu rumah tangga
menurut Islam, ilmu mendidik anak-anak, ilmu kewajipan seorang
suami dan kewajipan seorang isteri terhadap suaminya,
ilmu untuk ibadah, ilmu akhlak, ilmu bersuci dan mengurus
rumah tangga menurut Islam. Tidak cukup sekadar menyimpan
duit dan menyediakan tempat tinggal untuk berhadapan dengan
perkahwinan.
Di antara kelemahan umat Islam di akhir zaman ialah mereka
berkahwin sebelum ilmu-ilmu mengenai rumah tangga menurut
Islam itu ada. Bahkan sesetengah orang itu, ilmunya untuk
sekadar mengesahkan akidah. Ilmu untuk ibadah-ibadah yang
asas pun belum ada lagi, apatah lagi lebih daripada itu. Lantaran
itulah di akhir zaman tidak usah hendak menegakkan Islam di
dalam masyarakat dan negara, untuk menegakkan Islam dalam
peribadi dan keluarga pun amat sulit sekali.
Hal-hal seumpama ini hendaklah diambil perhatian, diperjuangkan
lebih dahulu sebelum pergi lebih jauh. Kalau tidak,
cita-cita Islam yang lebih besar dan global akan gagal. Tinggal
harapan-harapan dan kenangan nostalgia yang silam sahaja.
Sunday, October 18, 2009
GAMBARAN SECARA UMUM ZAMAN JAHILIAH YANG PERTAMA - 1

Gejala sosial serta kerosakan akhlak bukan sahaja berlaku pada zaman ini, tetapi ia telah pun berlaku sejak zaman jahiliah sebelum kelahiran Rasulullah SAW lagi. Baginda dibesarkan dan menyaksikan sendiri betapa rosak kaumnya di waktu itu.Ketika itu empayar Rom dan Parsi mempunyai tamadun yang begitu tinggi. Dua buah empayar yang besar ini merupakan bapa penjajah yang sentiasa menguasai negara serta bangsa lain yang lemah. Bangsa Rom dan Parsi sudah mempunyai sistem hidup yang teratur, tentera yang besar dan kuat serta sudah maju di bidang binaan dan pembangunan. Pada waktu yang sama, bangsa Arab merupakan bangsa yang paling mundur. Kehidupan mereka masih primitif. Walau bagaimanapun, mereka sering mengadakan sayembara sastera yang telah begitu lama diwarisi sejak turun-temurun. Mereka mengadakan pertandingan sastera, dan hasil karya akan digantung di Kaabah supaya semua pengunjung Kaabah tahu siapa pemenangnya. Kehebatan hasil karya sastera di zaman itu masih dapat dibaca hingga ke hari ini. Selain itu ada pesta yang dinamakan Pesta Ukaz. Di situ diadakan peraduan ratu cantik, peraduan angkat berat, peraduan menari serta peraduan lawan pedang. Di antara kerosakan lain yang dilakukan oleh masyarakat Arab ketika itu adalah seperti berikut: 1. Manusia sudah putus hubungan dengan Tuhan . Mereka langsung tidak kenal Tuhan pencipta dan penjaga. Mereka sekadar percaya Tuhan itu wujud. Tapi ramai juga yang tidak percayakan Tuhan lagi. Ertinya manusia tidak lagi merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup mereka. Mereka yakin semua masalah hidup mereka boleh selesaikan sendiri. Akibatnya jiwa mereka kosong dari keimanan dan ketuhanan. Bila berhadapan dengan masalah hidup, ramai yang kecewa, putus asa dan membunuh diri. Ramai yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi. Pemujaan terhadap berhala begitu menebal sekali. Contohnya, Sayidina Umar r.a. sebelum memeluk Islam merupakan seorang yang sangat memuja berhala. Beliau bukan sahaja menyembah 360 berhala yang ada di Kaabah ketika itu, bahkan beliau sendiri membuat `tuhan` dan kemudian menyembah `tuhan` yang dibuatnya itu. Cerita Sayidina Umar r.a. setelah dia Islam, "Kadang-kadang `tuhan` itu diperbuat daripada kuih. `Tuhan` itu akan kubawa ke mana-mana di masa aman damai, di masa perang,mengembara atau musafir. Apabila keletihan, ia akan kuletakkan di hadapan dan aku puja. Tetapi kalau lapar, ia akan kumakan, kemudian aku buat tuhan yang baru pula." Begitulah fanatiknya beliau kepada tuhannya itu. 2. Berlaku sengketa dan dendam-mendendam di kalangan manusia . Maka berperanglah bangsa dengan bangsa, puak dengan puak, etnik dengan etnik, kabilah dengan kabilah, agama dengan agama, hngga keamanan tidak wujud lagi. 3. Orang yang kuat menjatuhkan yang lemah . Orang lemah menjadi mangsa. Keadilan dan pembelaan tidak berlaku. Ini menjadikan golongan bawahan semakin tertindas dan menderita. 4. Perempuan tidak ada tempat di dalam masyarakat . Perempuan hanya dijadikan alat pemuas nafsu lelaki terutama lelaki kaya dan penguasa-penguasa negara di waktu itu. Mereka akan ambil saja secara paksa mana-mana wanita yang mereka berkenan tanpa peduli anak atau isteri orang. Ini menjadikan mana-mana keluarga yang ada anak perempuan hidup tertekan. Anak-anak gadis akan diambil dan dirogol oleh panglima-panglima dan pemain-pemain senjata yang handal-handal di hadapan mata ibu bapa secara paksa. Inilah yang amat memalukan ibu bapa hingga akhirnya sesetengah daripada mereka mengambil keputusan untuk membunuh sahaja anak-anak perempuan apabila dilahirkan kerana tidak mahu menanggung malu. 5. Sistem ekonomi riba yang membolehkan orang kaya menekan orang miskin menjadi budaya dalam ekonomi . Orang miskin dicekik dengan hutang. Apabila tidak terbayar hutang kerana terlalu banyak, orang miskin diambil jadi hamba sahaya. Kebebasan dan kemerdekaan mereka diragut. 6. Hidup mereka nafsi-nafsi . Susah tanggung sendiri dan senang pun untuk diri sendiri. Ini menjadikan masyarakat ditimpa bermacam-macam bentuk kesusahan, hidup tanpa ada yang menolong dan membantu. Manusia hidup bagaikan berendam dalam ketakutan. Kebahagiaan dan ketenangan tidak wujud. 7. Kejadian rompak, samun dan bunuh bermaharajalela . Tinggal dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat. Apa lagi kalau pergi bermusafir atau mengembara. 8. Kemanusiaan dan keturunan menjadi rosak akibat penyakit- penyakit sosial seperti zina, rogol, liwat, lesbian, sumbang mahram dan lain-lain lagi. Gelombang jahat ini melanda bagaikan banjir besar hingga tidak dapat dibendung dan dikawal lagi. 9. Manusia benar-benar bertuhankan nafsu . Hormat-menghormati antara satu sama lain tidak wujud. Rakyat tidak hormat pemimpin. Pemimpin tidak memberi kaslh sayang pada rakyat. Orang kaya tidak berperikemanusiaan. Perompak, penyamun dan pembunuh tumbuh meliar akibat hasad dan dendam. 10. Allah SWT datangkan peringatan yang banyak dengan bencana alam, gempa bumi, banjir, belalang memusnahkan tanaman, ribut taufan dan penyakit berjangkit yang tidak ada ubat . Manusia bertambah derita dan melarat. Yang kaya berpoya-poya, sombong, membuang masa, membazir dan hidup sendiri-sendiri. Di zaman itu mereka terlalu ketagihkan arak. Walaupun di zaman ini pun ada yang minum arak tetapi tidak sehebat zaman Rasulullah. Arak kini disimpan di dalam botol-botol yang cantik tetapi dulu ia disimpan di dalam tempayan-tempayan yang terletak di sekeliling rumah. Bahkan menjadi kemegahan di kalangan masyarakat waktu itu untuk membawa pulang serta menyimpan kepala manusia yang telah dipenggal dari tubuh. Tengkorak ini akan disangkut dan dijadikan hiasan di rumah. Ada juga tengkorak yang dijadikan bekas untuk meminum arak. Begitu hebat ketagihan mereka kepada arak. Begitulah gambaran masyarakat jahiliah dahulu, begitu kusut dan porak-peranda. Tidak ada Tuhan, tidak ada kasih sayang, tidak ada keamanan, kedamaian dan keharmonian, tidak ada keselamatan, tidak ada saling bantu-membantu dan tolong-menolong. Masyarakat dipenuhi dengan penindasan, penzaliman, tekanan, ketidakadilan, keganasan, kejahilan,pergaduhan, peperangan dan kesumbangan. Manusia ketika itu berada di kemuncak kerosakan. Kehidupan mereka hampir- hampir setaraf dengan kehidupan haiwan. Rasulullah SAW membawa kaedah bagaimana membaiki masyarakat tersebut. Sebenarnya pada waktu dan kesempatan inilah Allah mendatangi manusia melalui wakil-Nya iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah diutuskan kepada umatnya dengan membawa 3 cara untuk mengubat penyakit masyarakat yang sudah begitu kronik. Rasulullah SAW dididik, diajar, dipelihara, dibantu, disokong, diselamatkan dan diberi kemenangan dalam perjuangannya oleh Allah SWT. Orientalis Barat sehingga kini mash tertanya-tanya formula apakah yang digunakan oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya merubah kehidupan masyarakatnya di waktu itu. Perubahan ini menjadi tanda tanya kepada mereka. Apakah rahsianya sehingga manusia yang pada mulanya begitu jahat dan jahil tetapi selepas dididik oleh Rasulullah, mereka sudah tidak mahu lagi meminum arak, sudah tidak mahu lagi menerima serta memberi riba, sudah tidak mahu lagi berzina dan wanita yang pada mulanya hanya untuk memuaskan nafsu kaum lelaki, mendapat pembelaan hingga mereka diletakkan sebagai golongan yang dijaga dan dihormati. Wanita dijaga, dibela, dihormati dan maruah mereka dipertahankan habis-habisan. Dari sebuah masyarakat yang menjadi pemuja berhala tiba-tiba berubah kepada masyarakat yang terlalu memuja Tuhan. Tuhan dibesarkan dan diagungkan. Begitu juga dari masyarakat yang suka bergaduh dan berperang antara satu sama lain akhirnya menjadi masyarakat yang begitu berkaslh sayang yang sangat luar biasa sekali. Bahkan lahir juga peribadi yang menyerah diri untuk dihukum. Kalau ada yang mencuri, datang bertemu Rasulullah minta dipotong tangannya; yang membunuh menyerah diri minta dibunuh; yang minum arak minta dirotan sementara yang berzina minta agar dihukum rejam. Tetapi disebabkan hukuman zina itu berat, Rasulullah sering mengelak-elak untuk tidak menghukum dan merejam. Namun mereka bersungguh- sungguh mengaku dan melahirkan buktinya. Yang menjadi tanda tanya kepada kita, kenapakah mereka begitu sekali takut sehingga rela menyerah diri sedangkan ketika itu polis tidak ada dan undang-undang masih belum begitu ketat lagi. Apakah yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku? Apakah faktor yang merubah dan membaiki masyarakat di zaman Rasulullah yang pada mulanya serba berpenyakit? Mengikut pendapat tokoh-tokoh Islam terutamanya ulama-ulama di bidang Tasawuf, timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu disebabkan tiga perkara yang terbesar: a. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis ataupun dalam erti kata yang lain, perasaan tauhid sudah berkurangan. Apabila seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan terhadap Tuhan, atau mempercayai bahawa adanya Tuhan dan tidak adanya Tuhan sudah sama banyak, maka di waktu itu manusia tidak takut kepada sesiapa lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti. Dia akan menjadi manusia yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendaknya tercapai. Dia sanggup mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol atau melakukan apa sahaja. Dengan itu maka merebaklah penyakit masyarakat. b. Oleh kerana manusia sudah tidak yakin lagi dengan adanya Akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan, namun keyakinan itu sudah nipis. Apabila manusia sudah tidak yakin lagi dengan hari Akhirat ataupun dia mempunyai keyakinan tetapi keyakinannya itu sudah nipis, maka Akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita-citanya. Dengan itu hilanglah sifat mahu berjuang atau berjihad untuk Akhirat kerana fikirannya sudah tertumpu untuk dunia semata-mata. Dia mencari wang untuk dunia, mencari pangkat untuk dunia dan mencari segala-galanya untuk dunia. Kadang-kadang urusan Akhirat pun dijadikan untuk dunia. Dunia menjadi matlamat hidupnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk dunianya tidak kira haram atau halal, baik atau jahat, betul ataupun salah. c. Disebabkan manusia terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri . Apabila manusia itu telah terlalu cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan-kawan sendiri. Dalam usaha mahu membela nasib untuk kepentingan diri sendiri maka adakalanya terpaksa melanggar hak asasi orang lain, terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang-kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terpaksa merugikan orang lain. Akhirnya tercetuslah pergaduhan, perbalahan, peperangan, kekacauan, tindas-menindas dan lahirlah perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang berpanjangan.
Thursday, August 20, 2009
BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran. Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat. Bulan diampunkan dosa. Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan. Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar. Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun. Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang bertaqwa. Ini satu anugerah Tuhan. Ini menunjukkan bulan Ramadan adalah raja segala bulan. Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ada rahsia dari Tuhan, mengapa Tuhan pilih bulan Ramadan, mengapa begitu besar pahalanya di sisi Tuhan. Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Lebih-lebih lagi dosa-dosa kita semua diampunkan. Kejadian Manusia Kalau kita hendak bercerita mengenai hal ini, ia ada hubungan dengan kejadian manusia itu sendiri. Mungkin kebanyakkan orang tidak mengetahui yang manusia itu kejadiannya terdiri daripada 4 unsur. Iaitu:- 1. jasad lahiriah 2. akal 3. roh 4. nafsu. * Peranan jasad hanya bertindak, berbuat, melaksana. * Peranan akal menerima ilmu, menerima maklumat. Samada maklumat itu betul atau tidak, memberi manfaat atau tidak, dia hanya mengumpulkan saja maklumat itu. * Peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Saya ulang lagi, peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Kehendak samada yang baik atau yang buruk, halal atau haram, positif ataupun negatif.. * Peranan hati hanya semata-mata merasa. Rasa-rasa itulah yang datang dari akal, dari fizikal, dan yang datang dari tindakan nafsu. Hati atau Roh ini umpama raja di dalam diri manusia. Jadi kalau nafsu, akal dan fizikal baik, dia akan membangunkan jiwa2 yang baik. Kalau nafsu, akal dan jasad jahat maka roh atau hati yang merupakan raja dalam diri dia akan jahat, Kalau roh baik, maka baiklah hati. Ini kita dapat lihat atau boleh kita misalkan raja sebuah Negara. Kita lihat kadang-kadang raja itu jadi jahat oleh orang dikiri dan kanannya, iaitu pemimpin-pemimpin yang rosak. Tetapi kadang-kadang raja itu menjadi baik, juga akibat orang-orang di kiri kanannya, macam penasihat yang baik, maka jadi baiklah raja itu. Jadi kejadian manusia ini Tuhan yang menjadikannya.Tuhan Maha Mengetahui bagaimana manusia itu boleh menjadi baik dan bagaimana menjadi jahat, sebab itu Tuhan dengan kuasanya, kalau manusia itu jahat bagaimana Tuhan mengubatnya, kalau dia sudah baik bagaimana hendak dijaga supaya dia tidak menjadi jahat semula. Manusia yang ada 4 unsur tadi di waktu alam roh, sebelum dilahirkan tubuh kasarnya, dia sudah kenal Tuhan, taat dan takutkan Tuhan dan dia sangat baik. Tetapi apabila roh sudah masuk dalam sarangnya [jasad], lalu dilahirkan bersama sarangnya, maka tiga unsur yang lain tadi yang boleh mempengaruhi hatinya, sekiranya baik, maka roh manusia yang jadi raja diri itupun menjadi baik. Pada manusia itu sebenarnya ada unsur malaikat, syaitan, haiwan dan manusia. Kalau begitu, berdasarkan unsur-unsur tersebut,maka manusia boleh menjadi malaikat yang berupa manusia, atau binatang atau syaitan yang berupa manusia.. Bila manusia kekal sebagai manusia maka dia normal. Tidak boleh dikatakan manusia malaikat atau manusia haiwan, tidak boleh juga dikatakan manusia syaitan. Manusia normal ini biasa sahaja. Tuhan lahirkan manusia itu untuk dijadikan manusia malaikat, yang luarannya berupa manusia, rohnya pula bersifat malaikat, baru boleh menjadi orang bertaqwa. Kuliah ini terasa susah sikit jadi kena berhati-hati yang mendengar lagi susah. Kena ambil perhatian kalau tidak dia mudah mengantuk dan bosan. Tajuk ini penting. Hakikatnya, Tuhan teramat tahu kelemahan manusia yang mana dalam satu tahun ada 12 bulan manusia hidup, bergerak, dengan aktiviti, berjuang, berjihad, bekerja, berfikir. Selalunya majorit akal dan nafsulah yang mempengaruhi hatinya.i Menjadikan roh manusia itu rosak. Jika sudah sedia rosak bertambah rosak. Kalau dia sudah baik, roh yang asal kejadian bersifat malaikat, turun pada martabat manusia, iaitu normal. Jarang yang sudah rosak bertambah baik. Yang baik ertinya sewaktu bersih itu digilap sampai bercahaya. Yang sudah bersedia bercahaya, bertambah lagi pancaran cahayanya. Perkara ini jarang berlaku, ia berlaku pada golongan sedikit. Sebab itu Tuhan ingatkan dalam Quran, “Hanya sedikit hamba-hambaKu yang bersyukur”.Maka disinilah dengan Rahmat dan kasih sayang Tuhan, Tuhan tentukan pada orang Islam, 12 bulan itu diadakan satu bulan untuk baiki diri dalam setahun. Diri yang sudah rosak sepanjang 11 bulan, dirosakkan oleh nafsu terutamanya. Yang kedua dirosakkan oleh cara berfikir kerana menerima maklumat2 yang salah dan dirosakkan oleh fizikal, arahan nafsu dan akal. Maka dengan kasih sayang Tuhan dijadikan sebulan dalam setahun itu supaya manusia itu tidaklah rosak selama-lamanya. Sebulan itu kita diajar bagaimana hendak membaiki diri. Dengan keadilan dan kasih sayang Tuhan daripada 12 bulan itu, sebulan dipilih untuk dipost mortem atau overhaul. Ibarat kereta yang sudah 11 bulan digunakan, lebih-lebih lagi tidak berhati-hati, dilanyak sesuka hati, maka sebulan tu waktu overhaul. Masuk workshop lalu enjin, wire, body, dibetulkan semula.Setelah di overhaul, kereta pulih, enjin baik, body baik, dipandu pun selesa. Mentadbir dunia Begitulah manusia, Tuhan tahu, kebanyakan manusia, dalam masa 11 bulan itu hati mereka mudah rosak Dirosakkan oleh nafsu, akal dan fizikal. Bagaimana nafsu merosakkan? Tuhan hantar kita ke dunia, disuruhNya kita mengambil dunia, mentadbir dunia, untuk diagih2kan pada orang lain, untuk berkhidmat pada orang lain. Maka tercetuslah kasih sayang, pembelaan, perkhidmatan. Orang yang malang dapat dibela, orang yang miskin dapat dipertanggung jawabkan. Akhirnya lahir kasih sayang antara satu sama lain. Bukannya kita didatangkan ke dunia mengambil dunia dan untuk cintakan dunia! Saya ulang lagi, Tuhan datangkan manusia ke dunia, untuk mengambil dunia, menggunakan dunia untuk berkhidmat, dan menolong orang. Supaya dengan itu lahir kasih sayang. Supaya tidak berlaku jurang antara orang kaya dan miskin, antara yang di atas dan yang di bawah, antara pemimpin dengan rakyat. Tuhan mahu kita ambil dunia untuk berkhidmat, untuk mendapat pahala. Untuk dapat melahirkan kasih sayang, bukan untuk dicintai. Yang wajib dicintai hanya satu yaitu Allah. Jadi konsep berhadapan dengan dunia kenalah dibetulkan. Sebab selama ini kita sudah salah faham. Ada orang ambil dunia bukannya dengan dunia itu dapat melahirkan kasih sayang dengan orang lain, sebab dia sudah jatuh hati dengan dunia. Bila jatuh hati apa yang terjadi? Ini kerja nafsulah. Bila sudah jatuh hati, datanglah rangsangan, datanglah berkehendak. Itulah kerja nafsu. Yang dimaksudkan dunia itu bermacam-macam. Yang besarnya harta, jawatan, kekuasaan, pangkat, darjat, pengikut yang banyak, nama, glamour. Ini dunia. Jadi bila kita biarkan nafsu berperanan tanpa dididik, tanpa diikat dengan sifat takutkan Tuhan, cintakan Tuhan, akhirnya Tuhan tidak dicintai atau ditakuti, lalu manusia itu akan cinta sungguh dengan dunianya. Bila dunia dicintai apa yang akan terjadi dengan kehidupan terutama dengan perasaan?. Bila tidak dapat hati menjadi susah, bila mahu mendapatkannya, berusaha bertungkus-lumus pagi petang. Kadang-kadang sampai terlupa uruskan diri sendiri, betapalah hal-hal lain, hal syariat, kerana yang dicinta belum dapat, yang dikasihi belum dapat.. Bertungkus-lumus untuk mendapatkannya sampai tidak kira halal dan haram.. Bila sudah didapati, berubah pula jadi negatif. Datang perasan sayang, tamak, bakhil yang membuatkan tidak terfikir lagi bagai mana mahu berkorban dan berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimatullah. Kemudian bila tidak dapat juga datang pula penyakit lain. Hasad dengki dengan orang lain yang mendapatnya.. Mungkin boleh sampai bertindak ke atas orang itu, seperti dia memfitnah, dijatuhkan maruahnya atau sehingga sanggup pula membunuh. Side effect yang lain, sifat-sifat itu bila diketahui oleh orang lain dalam pergaulan, orang lain pun benci, marah, tidak suka, berhasad dengki. Akhirnya unsur-unsur perbalahan akan wujud. Unsur-unsur pergaduhan pun terwujud. Kalau tidak dibendung lama-lama membawa kepada peperangan. Ini semua berpunca daripada cinta dunia. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda .” Hubbuddunya ra’su kulli khatiah…” Rasulullah SAW bersabda, cinta dunia ibu segala kesalahan. Rasulullah tidak sebut ibu segala kejahatan. Khatiah itu dalam bahasa Arab, jika diterjemah pada lafaz maknanya kesalahan, bukan kejahatan. Ini ada maksud disebaliknya. Ada orang menterjemahkan - ibu segala kejahatan- sebenarnya tidak begitu. Khatiah itu maknanya kesalahan. Ertinya buat salah dulu, tersalah dulu, tersilap dulu baru datang kejahatan. Dalam berbagai-bagai bentuk. Pembersihan Roh Rasulullah SAW juga berkata, cintakan Tuhan itu ibu segala kebaikan. Tetapi kalau dunia dicintai maka berlakulah sebaliknya iaitu ibu segala kesalahan. Bila sudah salah, salah meletakkan cinta dunia tadi, maka akan berbuah segala kejahatan yang berbagai-bagai. Jadi kalau nafsu itu jahat, sudah cintakan dunia maka dia akan memberikan kesan kepada roh. Saya sudah kata roh itu tugasnya hanya berperasaan. Kalau akal, nafsu dan fizikal sudah jahat, yang jahat itulah yang menjadi penasihat pada roh. Apa akan berlaku pada perasaan? Bukannya akan lahir perasaan yang positif. Berkasih sayang, takut, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, mengutamakan orang lain, tidak berlaku begitu. Akan datang sakit hati, sombong, megah, rasa berdendam, rasa tidak mahu maafkan orang, tidak mahu meminta maaf. “Kalau minta maaf jatuh wibawa aku, kalau aku bagi maaf pun jatuh wibawa.” Timbul perasaan-perasaan negatif bukan positif. Sebab itu yang akan dapat nikmat nanti dan yang akan kena azab ialah roh, roh yang kekal. Bukannya nafsu, fizikal dan akal. Jadi Tuhan tahu hal ini, kesan daripada tidak terdidiknya akal, nafsu dan fizikal ini akan mempengaruhi roh. Roh yang kena azab. Maka sebab itu dengan kasih sayang Tuhan, Tuhan bagi orang Islam bulan Ramadhan dengan tujuan membaiki 4 unsur (4 anasir). iaitu dapat betulkan semula rohnya, nafsunya, akal dan fizikalnya. Setengah orang itu bila boleh membaiki diri di dalam bulan Ramadan dia akan mendapat kekuatan sampai ke Ramadhan yang akan datang. Bila datang Ramadhan akan datang, roh yang sudah bersih itu tinggal digilap sahaja supaya bercahaya. Roh yang tidak hitam tetapi ada habuk-habuk, ringanlah sedikit, bila datang Ramadan akan datang maka kalau dia beribadah, habuk itu terbuang,tidaklah begitu teruk membersihkannya. Roh yang bersih, itu orang soleh. Kalau roh bercahaya itu orang bertaqwa, muqarrabin. Orang soleh dalam golongan Ashabul Yamin, .Mereka akan banyak dihisab tetapi tidak dimasukkan ke dalam neraka, cuma akan susah dihisab. Tetapi kalau roh itu bercahaya, datangnya Ramadhan lagi tambah kilauan cahayanya, darjatnya semakin naik. Bagi yang belum sampai ke peringkat wali, bila datang Ramadhan lalu Rohnya semakin bersih bercahaya lagi, jadilah wali, InsyaAllah – orang begini termasuk golongan Muqarabin yang sedikit itu. Di akhirat dia akan termasuk golongan bighairi hisab, tidak payah dihisab. Yang tadi – Ashabul Yamin, kena hisab. Orang kena hisab ni macam kita pergi ke luar Negara, imigresen dan kastam periksa. Jika tiada masalah terlepaslah tapi mungkin mengambil tempoh 3 jam. Di dunia 3 jam pun sudah susah. Di sana kalau ditahan, bukan 3 jam mungkin 50 tahun, mungkin 100 tahun. Cuma tidak kena azab sahaja. Jadi Tuhan tahu dimana kekuatan dan kelemahan manusia, maka Tuhan suruh kita baiki di bulan Ramadhan. Sebab itu kalau orang boleh pulihkan semula rohnya yang hitam jadi kelabu, yang kelabu dibersihkan habuknya, yang bersih dicahayakan, kemudian bersih dan bertambah darjat kilauan cahayanya, Tuhan bagi pahala berganda-ganda, diampunkan dosanya. Bila mendapat Lailatul Qadar, Tuhan bagi seolah-olah dia beribadah lebih 83 tahun. Kalau dia dapat 3 kali Ramadan Lailatul Qadar, dan dia berjaya memutihkan dan mencahayakan rohnya ertinya dia hidup beberapa ratus tahun! Lailatul Qadr Lailatul Qadar ini, umat-umat sebelum Nabi Muhammad SAW tidak mendapatnya. Tetapi dengan keadilan Tuhan, masing2 dapat menjadi baik, sama2 mendapat kemudahan.Orang zaman dahulu panjang umur, kita pendek umur, tapi boleh mendapat pahala yang sama. Sebab itu umat dahulu ada yang berumur 200 thn, 400 thn. Jika 100 thn dahulu masih dianggap pemuda. Mana yang bernasib baik, sampai 500 tahun, Pada zaman kita sekarang, 20 thn itu muda remaja. Tetapi umat dahulu,mereka tidak mendapat Lailatul Qadar, tidak dapat Ramadan. Rasulullah SAW dipendekkan umur umatnya tapi dilebihkan pahala. Itulah kebesaran RasulullahSAW, dengan kerananya kita mendapat rahmat. Jadi sebab itu saya ulang lagi, Tuhan tahu kita ini dipendekkan umur tetapi dikurniakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mana hendak mendapatkan Lailatul Qadar tu bukanlah mudah dan satu kebiasaan. Ibadah puasa yang dibuat itu mestilah sampai dapat memberi cahaya pada hati, paling tidakpun dapat membersihkan hati, hingga menjadi orang soleh yakni golongan Ashabul Yamin. Kalau hati itu sampai bercahaya-cahaya, itu tersangat hebat!. Jadi mari kita lihat, munasabahkah hendak mendapat pahala berganda-ganda, menasabahkah hendak mendapat pahala lebih 1000 bulan, apakah sebabnya yang sampai begitu mujarab, ini jarang dikaji orang. Tiga Pakej Hadiah Ramadan Bulan Ramadhan dengan peranannya untuk overhaul manusia ini, mengandungi 3 pakej [package] yang besar yang boleh menjadi ubat untuk membaiki manusia. Yang lain-lain selain 3 pakej itu kalau adapun, sebagai sampingan saja [eg bersedekah]. Tiga pakej yang besar ini kalau kita fahami dan hayati, InsyaAllah kita boleh membaiki diri, memang logik Tuhan akan mengampunkan, memang logik Tuhan menggandakan pahalanya. Memang munasabah Allah hendak kurniakan pahala berganda sampai seolah-olah 83 tahun. Ada 3 pakej yang sangat besar. Kalau ada ilmu ini dan kita hayati betul-betul boleh menjadi ubat yang sangat mujarab PERTAMA :Berpuasa di siang hari. Apa takrif puasa? Takrif puasa pada saya ada dua, dengan erti kata lain, puasa ada 2 definisi. Yang pertama mempertahankan syarat rukun jangan sampai terbatal, ini ada takrifnya yang tersendiri. Apa takrifnya? Wajib dijaga puasa itu jangan sampai terbatal syarat rukunnya. Setakat ini, puasa itu ibarat membangunkan rumah, sudah ada rangkanya tetapi tidak lengkap. Takrifnya: menahan diri di waktu siang daripada makan dan minum serta tidak bersama dengan isteri. Puasa takrif ini setakat tidak membatalkan syarat rukun sahaja. Pahala belum tentu dapat lagi – hanya mendapat lapar dan dahaga, keampunan belum tentu dikurniakan lagi, inikan lagi Rahmat. Kalau setiap kali Ramadan, dia beribadah di malam Lailatul Qadar pun tidak tentu dia memperoleh pahala 1000 bulan sebab dia hanya dapat mempertahankan syarat yang rukun saja. Itu takrif yang pertama iaitu tidak makan, tidak minum dan tidak bersetubuh dengan isteri di siang hari. Inilah puasa kebanyakan manusia. Puasa begini setakat merehatkan dan menyihatkan fizikalnya sahaja. Definisi yang kedua, ada tambahan dalam ROH PUASA , Itu, ertinya menahan diri daripada perasaan-perasaan negatif, akalnya turut berpuasa iaitu dia tidak berfikir perkara-perkara yang dilarang Tuhan. Dia hanya berfikir mengenai ilmu yang mendatangkan pahala. Begitu juga dia menahan nafsunya daripada kehendak-kehendak yang Tuhan tidak suka iaitu mengambil dunia kerana cintakan dunia, Itu takrif kedua. Saya ulang lagi takrif kedua puasa itu iaitu menahan hati dari perasaan negatif seperti marah, hasad dengki, cinta dunia, tamak, haloba, dendam, sakit hati dan lain-lain. Kehendak nafsu itu bukan bertujuan untuk mencintai dunia tetapi dia mengambil dunia itu untuk dapat diagih-agihkankan, untuk berkhidmat, untuk dikorbankan pada Tuhan. Dari situ lahirlah kasih sayang, perpaduan, lahirlah pembelaan. Ini takrif yang kedua. Puasa takrif kedua inilah kalau dibuat boleh mendatangkan rahmat, berkat dan pahala Lailatul Qadar yang menyamai seribu bulan. Pada peringkat ini takrif pertama masih dipenuhi juga iaitu tidak membatalkan syarat rukun. Apa kata Rasulullah? Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.” Jadi bukan semua yang berpuasa itu pada menempuh Lailatul Qadar, dia mendapat rahmat. Bukan semuanya mendapat berkat. Bukan semuanya mendapat keistimewaan. Kalau berpuasa sekadar setakat menjaga syarat rukun sahaja, hanya mendapat lapar dan dahaga. Jangan-jangan, selepas Ramadahan sifat-sifat negatif lagi subur. Setengah orang bulan Ramadan umpama bulan pesta makanan dan minuman serta pesta pakaian. Yang selama ini belum dibeli dia beli. Sudah ada 3 pakaian baru, beli lagi 2. Sudah ada 5, beli lagi 2-3 helai. Itu baru pakej yang pertama. Kalau benar-benar berpuasa mengikut takrif 1 dan 2, memang boleh terbunuh mazmumah, roh jadi bercahaya. Kalau tidak bercahaya pun sudah bersih. Itu sudah cukup. Tapi itu baru satu pil ditelan, sedangkan ada dua lagi. KEDUA : Kalau ditambah dua pil lagi roh manusia boleh meningkat ke taraf seperti malaikat iaitu dengan BERSEMBAHYANG. Sebab itu Tuhan suruh melebihkan sembahyang di bulan puasa iaitu dengan solat witir dan tarawih. Tentang sembahyang saya tidak perlu jelaskan, ingatkah balik kuliah sembahyang yang membina peribadi agung, boleh menjadikan bangsa agung. Kuliah Mikraj Solat yang mana di dalam sembahyang itu ada bermacam-macam ubat. Kalau dua takrif puasa tadi dihayati bersungguh-sungguh disertakan sembahyang fardhu sahaja, tidak tarawikh pun tidak mengapa, tidak selawat, wirid atau membaca AlQuran dengan syarat puasa itu betul-betul menjadi ubat. Apa erti solat tarawih dan membaca AlQuran kalau puasa kita di siang hari tidak bernilai. Tetapi oleh kerana kita tidak tahu, kita tiada ilmu, Tuhan bagi tahu fungsi puasa…. itulah yang saya maksudkan. Kita tidak tahu puasa kita menjadi ubat atau tidak, kenalah kita solat tarawih, baca AlQuran untuk menampung kelemahan puasa kita. Jadi, ubat atau pil kedua dalam pakej ini ialah sembahyang, tidak payah disyarahkan lagi. Semua sudah dengar. KETIGA :Pil ke tiga ialah membaca Al Quran.Baca Quran itu kalau boleh dikhatamkan. Kalau tidak khatam tidak mengapa, seberapa yang boleh dibaca hayati betul-betul. Masya Allah AlQuran itu, Tuhan sendiri memberitahu di dalam Quran, kalau dibaca ayat-ayat Tuhan itu, menggeletarkan hati, badan boleh menggeletar. Tuhan sendiri beritahu dalam AlQuran, bila orang membaca AlQuran dan mengambil ingatan tentang cerita2nya, ia boleh memusnahkan nafsu yang jahat. Hati yang keras jadi lembut, perasaan yang jahat boleh tukar menjadi pada perasaan yang positif.Kalau kita hayati AlQuran, dalamnya ada tabsyir (khabar gembira) seperti orang yang baik akan dikurniakan syurga dan diampunkan. Yang penting kena difahami dan dihayati. Bukan perlu banyak, satu juz pun tidak mengapa kalau kita hayati. Di dalam AlQuran ada tanzir (khabar menakutkan); itu sangat memberi kesan kepada roh. Sangat membunuh nafsu jahat, sangat membangunkan akal. Begitu jua ada cerita orang soleh dan orang jahat untuk dijadikan pengajaran. Yang baik jadi teladan, yang jahat jadi sempadan. Ada bermacam-macam ilmu lagi yang sangat mempengaruhi akal kita, yang akhirnya mempengaruhi hati. Jadi kalau Quran itu benar-benar dibaca boleh menjadi ubat, yang menghidupkan akal, selepas tu dituju pada nafsu, nafsu akan menjadi baik hingga memberi kesan kepada roh. Maka roh pun perasaannya positif. Hatinya menjadi baik. Paling tidak bersih. Tapi kalau orang bersungguh-sungguh lagi bercahaya rohnya. Kalau tiga pil ini dihayati menasabahlah dapat pahala yang besar itu. Jikalau hanya 3 perkara sahaja yang dapat ditahan, tidak makan, tidak minum, tidak bersama isteri, tetapi yang lain tidak berpuasa, nafsu tidak berpuasa, akal tidak berpuasa, RasulullahSAW kata kita hanya mendapat lapar dan dahaga, walaupun dia menempuh Lailatul Qadar. Tetapi Rahmat tidak dapat, keampunan dan berkat tidak dapat, pahala yang berganda-ganda tidak dapat, doa yang makbul pun tidak dapat. Macam orang menunaikan haji, bila dapat haji mabrur itu seolah2 orang itu baru dilahirkan dari perut ibu, ertinya habis bersih dosanya. Tetapi mudah kah? Kalau kita baca di dalam kitab ada orang mendapat alamat, ada orang dimimpikan seribu tahun dulu, dalam 70 000 yang membuat ibadah haji, yang diterima hanya 70 orang. Itu waktu dulu, kalau pada zaman sekarang bolehkah mendapat pahala haji mabrur bila menyiku orang, melompat orang, berkasar dengan jemaah lain? Begitulah kalau kita mendengar cerita Ramadan, seolah-olah selepas Ramadan manusia baru lahir dari perut ibunya, bersih. Itu bukan mudah, kalau ikut takrif pertama sahaja hanya mendapat lapar dan dahaga saja, serta kepenatan. Tapi kalau masuk takrif kedua, setidak2nya itu puasa orang soleh, di atas daripada itu, puasa orang muqarabin, di bawahnya itu puasa orang fasik. Fasik itu terbagi dua, ada yang hitam kelabu rohnya, ada yang hitam pekat! Jadi itulah dia sebab mengapa Tuhan memerintahkan kita berpuasa, ada rahsia disebalik kejadian manusia itu sendiri. Tuhan mahu kita menjadi manusia malaikat. Sebab Tuhan jadikan manusia bertujuan bukan kekal di atas kemanusiannya tetapi ‘liya’budun’ ada dua tugas. ….khalifah itu mentalnya. Untuk dunia diagih-agihkankan, mengambil dunia untuk dikorbankan, untuk berkhidmat bukan untuk dicintai. Cinta dunia itulah menjadikan kita berpecah belah samada disedari atau tidak. Begitulah peranan ibadah. Mengapa Tuhan menyiapkan Ramadan untuk umat Islam? Seolah-olah tiada yang meningkat saya lihat. Yang meningkat pesta pakaian, pesta makan minum.Takrif kedua puasa, jarang orang menghayati hikmah dan hakikat sebenarnya. Sebab itu umat Islam susah hendak disatukan, SUSAH. Kadang-kadang bulan Ramadan itulah menyuburkan nafsu jahatnya, jadi terbalik. Overhaul kereta terus rosak. Ada kereta dihantar ke workshop untuk over haul terus rosak. Sebelum masuk boleh dipandu, boleh jalan. Bila sudah masuk, terus jammed. Ada orang yang bersusah payah makan tiga pil itu dalam bulan Ramadan sebab itu Allah bagi pahala yang besar.
Thursday, August 6, 2009
ANTARA LOGIK DAN BENAR

Tidak semua perkara yang benar itu logik
Friday, July 10, 2009
PELIK TAPI BENAR

Kisah 1
Hamba sama dengan tuan
Sifat Abu Zar Al Ghifari yang sangat rendah hati, amatlah dikenal oleh para Sahabat.
Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:
"Siapa di antara umatku yang hendak melihat kerendahan hati Isa bin Maryam maka lihatlah Abu Zar Al Ghifari ini."
Pernah suatu hati seorang Sahabat melihat Abu Zar berjalan bersama pelayan atau hambanya. Dari jauh memang sukar hendak dikenal mana satu Abu Zar dan mana satu pelayannya itu, kerana pakaian mereka sama sahaja.
Setelah sahabat tersebut mendekati Abu Zar, ia pun bertanya, " Hai Abu Zar, kenapa pelayan tuan berpakaian sama seperti tuan ini?
Maka jawab Abu Zar, "Pernah aku mendengari, pelayan kamu adalah saudara -saudara kamu. Allah SWT telah meletakkan mereka di bawah tanggungjawab kamu. Kamu hendaklah memberi makan dengan makanan yang kamu makan, dan memberi mereka pakaian dengan apa yang kamu pakai. Kamu jangan memberi mereka kerja yang berat. Jika kamu berikan kerja yang berat, kamu hendaklah sama-sama menolongnya."
Kisah 2
Buta celik
Macam mana pula orang buta boleh nampak? Ha, kisahnya ada seorang sufi yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba dengan takdir Allah, di saat hampir pada waktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar.
Pihak keluarganya sangatlah sedihnya dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. Lagipun orang sufi tu handsome juga. Takut-takut tak padan dengan anak gadis mereka.
Dalam mereka bergundah-gulana itu tiba-tiba sampailah khabar kepada keluarga wanita itu bahawa si sufi tadi telah mengidap sakit mata, hingga mengakibatkan matanya buta.
Dipendekkan cerita, perkahwinan yang dirancang pun terus dilangsungkan, dalam keadaan kedua pengantin yang kini telah `sekufu` itu. Kedua belah pihak tidak bersedih hati mahupun berkecil hati.
Hiduplah kedua pasangan tersebut dengan rukun dan damai selama 20 tahun, sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia. Setelah kematian isterinya maka si sufi itu pun membuka rahsia yang disimpannya selama 20 tahun itu. Rupa-rupanya selama ini matanya tidak buta, dia hanya berpura-pura sahaja.
Lalu orang pun bertanya, mengapa ia berpura-pura buta sekian lamanya.
Lantas dijawabnya "Aku saja berpura demikian agar keluarga isteriku tidak bersedih hati. "
Tercenganglah mereka yang mendengar pengakuannya itu.
Mereka pun berkata, "Kamu telah mengungguli rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini!"
Saturday, May 30, 2009
BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI?
Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman orang mukmin kerana mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia. Bertambah keinsafan, bertambah sabar, bertambah redha terhadap ketentuan Allah SWT dan akan bertambah pula rasa kehambaan seperti rasa takut, rasa malu, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, rasa camas, rasa bimbang, dan rasa harap. Para mukmin juga akan menyedari bahawa musibah yang Allah SWT datangkan itu merupakan peringatan langsung daripada Allah SWT. Peringatan kepada manusia bahawa mereka sudah terlalu derhaka, lalai, banyak dosa, maksiat dan berbuat mungkar. Peringatan itu agar segera membaiki diri,bertaubat dan membuat perubahan. Itu baru kesengsaraan di dunia sernentara, betapalah andainya dihadapkan dengan azab hakiki iaitu neraka di akhirat.
Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin ada dua maksud:
Pertama:
Sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan sabar.
Kedua:
Bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah itu sebagai meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Hanya sebagai beradab dan menepati sebagai hamba walaupun tidak melakukan dosa, maka perlu dirasakan berdosa juga.
Setelah jelas kepada kita bahawa tiada siapa yang dapat menghindari dari ditimpa musibah, bukankah lebih baik menjadi orang mukmin yang ditimpa musibah berbanding menjadi kafir yang juga tidak dapat lari dari musibah. Banyak keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang membawa erti iaitu musibah biar kecil sekalipun berpunca dari dosa yang dilakukan manusia. Ertinya setiap dosa, maksiat dan kemungkaran merupakan anak kunci terbukanya pintu musibah dan bencana yang Allah turunkan kepada manusia itu sendiri.
Umpama Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tiada seseorang itu ditimpa musibah di hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya melainkan berpunca dari dosa yang dilakukannnya."
Apabila sesuatu musibah, bencana atau malapetaka itu didatangkan oleh Allah SWT yang sifatnya terlalu berat, menggerunkan, menyakit dan amat menyukarkan manusia, berpanjangan dan buntu dari penyelesaian, itu tandanya penduduk sesuatu tempat itu sudah terlalu melupai Allah SWT, banyak kezaliman, penindasan, dosa, maksiat dan kemungkaran sudah berlaku tanpa kawalan. Malah mereka berbangga pula dengan kemungkaran. Maksiat tidak disekat malah dipromosi dan digalakkan. Terutama sekali apabila pemimpinnya sangat zalim dan menindas, para ulamanya jahat dan mabuk dunia, orang kayanya bakhil dan perampas, orang miskinnya tidak sabar dan laiai, maka kemurkaan Allah SWT akan turun secara merata yang dirasai oleh semua golongan. Inilah punca sebenar mengapa kini tidak putus-putus umat Islam mengalami kesenosaraan dari berbagai bencana. Silih berganti, berpanjangan dan ada yang menggerunkan seperti kebuluran, peperangan, kemarau dan wabak penyakit. Bukan sahaja musibah itu menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada manusia, tetapi juga buntu dalam mendapatkan jalan penyelesaiannya. Berbagai kaedah dicuba dan diiringi oleh kegagalan.
Ambil satu contoh, di negara kita yang dilanda gejala negatif. Bukan sahaja yang terlibat, semua pihak turut merasa bahangnya dirundung kegelisahan dan keresahan. Berbagai kaedah pula telah dicuba yang berakhir dengan kegagalan. Sepatutnya umat Islam kembali kepada kaedah yang tepat iatu ajaran Islam itu sendiri. Tidak usah `mengimpot` kaedah dari sumber lain terutamanya barat yang terbukti masyarakatnya telah rosak dan hancur. Sebagaimana musibah itu sendiri berpunca dari dosa dan maksiat. Maka untuk menghindari musibah berpanjangan dan terlalu mencengkam kehidupan maka hendaklah bersungguh-sungguh membaiki did. Membaiki diri itu hendaklah dalam beberapa aspek penting.
Di antaranya:
1. Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah SWT .
Rasa hamba itu mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mendengar, Maha Melihat dan memiliki segaia sifat-sifat kesempumaan. Segala rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai takut hendak berbuat maksiat dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT Maha mengetahui lubuk hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama ini bukan sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi agar tidak terdorong kepada perkara jahat.
2. Rasa kehambaan yang mendalam,yang dijiwai dan dihayati itu sangat penting yang sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi,ini akan menjadikan seseorang itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau penyakit-penyakit hati yang berupa mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang paling utama membawa berbagai angkara, kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di dalam kehidupan manusia. Sifat-sfat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau terbakar musnah kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan menjiwai rasa keTuhanan.
Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek inilah yang sangat terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat Islam sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT. Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan, sebaliknya kehinaan di mana saja dan berpanjangan silih berganti.
3. Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin. Sembahyang itu sendiri mestilah berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu adalah wajib. Namun ianya mestilah berkesan dan berperanan bagi seorang hamba itu benar-benar menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang hamba itu benar-benar meletakkan dirinya sebagai sehina-hina makhuk. Menghina diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Penuh dengan rasa malu, menyerah dan mengharap sehingga dengan itu terbakar segala mazmumah.
Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar sepenuhnya menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak dapat merasai kehambaan dan membakar mazmumah maka di luar sembahyang lebih sukar lagi. Maka di luar sembahyang dalam mengendalikan urusan kehidupan sudah tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan jahat. Sembahyang yang sempuma lahir batin itu ialah yang dapat memahami dan menghayati setiap lafaz atau bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang itu dapat membina dan membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka dekat dengan Allah SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.
Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan Allah SWT. Di luar sembahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT, dengan hidup bersyariat, menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya tinggi dan luhur. Allah SWT menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan seronok, selamat dan sejahtera bernaung di bawah mereka. Orang yang mencapai taraf ini saja yang layak memimpin umat kerana mereka adil kepada diri mereka sendiri iaitu berjaya mengembalikan rohnya kenal dan takut kepada Allah SWT, mengembalikan dirinya ,mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat yang lain. Mereka inilah yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin (golongan kanan), Al Muflihun (yang mendapat kemenangan). Mereka yang dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba hambaNya yang soleh" ' Siapakah orang soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah:
Maksudnya: "Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di dalam sembahyangnya khusyuk." (Al Mukminun: 1-2)
Mereka jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempumakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.". (Riwayat AI Hakim)
Bagi umat Islam yang ditimpa musibah silih berganti dan berpanjangan tiada pilihan lain untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan harapan kepada Allah SWT. Caranya pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan dengan Allah SWT.,Sungguh-sungguh bertaubat dan membersihkan dosa, kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi dosa batin iaitu mazmumah Selagi Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi berada dalam kemurkaan Allah SWT, biar berbuih mulut meminta melalui doa, atau hitam dahi kerana sujud sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan itu.
Saturday, May 16, 2009
BUKAN SENANG MENJADI PEMIMPIN

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah.Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.
Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah?Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan.Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.
Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?
Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja.Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.
Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya.Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita. Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.
Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.
Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah. Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia 10 hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah.Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.
Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.
Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat.Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak.Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat tertungging sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin.Dia dengan Tuhan saja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.
Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.